Friday, April 15, 2011

Yes!! Finally...Huh!! Apa?? Cuti 5 Bulan??

Akhirnya..Cik A dah habis exam.. Rasa syok sangat - sangat walaupun prestasi tak setinggi mana.Hehe..Fuhh, lega betul. Penantian yang amat menyeksakan akhirnya..selsai..hehe

Tapi, cuti 5 bulan? Fuyyo!! lamanya...apa nak buat nanti? Ada yang cakap nak buat kerja part - time. Itu kalau dapat..kalau tak dapat?? Uikshh..tanam anggur la nampaknya..tak pun menternak lemak - lemak dan otot - otot badan. hehe

Sekarang tengah berfikir apa yang perlu dilakukan untuk 5 bulan ni. Cik A fikir mahu cari kerja part time. Banyak faedah nya kalau buat kerja part time ni. Bole dapat income tambahan, tambah pengalaman dan bermacam - macam lagi. Tak kisah la apa jenis kerja, Cik A sanggup buat asalkan dapat wang besar. Biasalah Cik A ni mata duitan sikit. Hahaha(gelak jahat)

Rasa - rasanya apa kerja yang sesuai untuk Cik A ya. Erm..(kalo bole Cik A nak jadi bos)...cikgu? promoter? waiter? babysister? or tanam jagung? hehe
By right now kena fikir apa yang perlu dilakukan. Nanti tak adalah susah hati nak buat apa time cuti ni. 5 Bulan tu..lama sangat - sangat. Kalo nak kahwin time tu...mmg bagus sangat. hahaha
(malangya Cik A x ada calon nya lagi)

Cik A terfikir nak buat bisnes? Tapi bisnes apa nya. Cik A bukannya tahu selok belok bisnes ni.Orang cakap kalau nak buat bisnes, kena la rajin. Malangnya sifat rajin tu tak ada pada Cik A. Jadi, susah la org macam Cik A nak buat bisnes kan.Huhuhu

Teman - teman Cik A ada yang nak pergi kelas kemahiran. Kelas menjahit ke, buat kek ke, apa - apa je la asalkan kemahiran. Cadangan macam tu pun bagus juga. Nanti bila dah graduate, tak dapat kerja bole la buka kedai sendiri. hehehe

Kesimpulannya, buat la apa - apa yang kita nak untuk mengisi masa lapang kita dalam masa 5 bulan tu. Asalkan apa yang kita lakukan tidak memudaratkan kita ( faham kan sendiri ya). Tepuk dada, tanya hati, tanya akal then u decide it by ur own. Peace!!!


No comments:

Post a Comment