Wednesday, May 9, 2012

Fantaghiro a.k.a Cave of The Golden Rose


Siapa pernah tengok citer Fantaghiro? Ini cerita dahulu kala, rasanya 1st tengok citer ni time primary school. Lama tuh, but this is one of  my favorite movie (Italy movie) back then. Yela, bergaduh dengan adik semata-mata nak tengok citer ni. Time tu mmg totally crazy dengan Fantaghiro ni. Tiba-tiba teringat citer ni, so carila dekat you tube. Yeah! Mmg jumpa, tapi disebabkan kelajuan internet begitu lembap nk download pun susah. Grrrrrrr...sape tak geram! Sabar2..nanti dptla tgk full episod :)
Citer ni ade banyak series, 1 sampai 5 if not mistaken. Tapi semuanya best! Watak2 dalam citer ni pun hebat jgk.

Okay, sekarang nak memperkenalkan watak2 favorite dalam citer ni. Jeng3x



Fantaghiro!!

Ini watak utama dalam citer ni.Orang cakap heroin. Hehe
Cantik kan dia??
Erm, kalau dari segi perwatakan..
she is rebellious daugther. Degil sangat!
Outspoken tapi baik hati =)
berani! sbb tu bole lawan dengan romualdo
cantik! tgk dia senyum. hehehe
ape lagi erk? sila tgk citer ni kalau nak tau selanjutnya =)





Romualdo
Ini la putera hensem kita, Romualdo! My hero!
Charming indeed have the strong heart! (really??)
Mestila hensem!
Fall in love with Fantaghiro ( at last jadik husband gak..hehehe)










Tarabas
Tarabas!! My second hero..hehehe
Watak dia sebagai ahli sihir.Nak kata jahat, xla jahat sgt... =)
Fall in love with Fantaghiro, tapi tula kesian cinta ditolak..hehehe










Ada banyak lagi watak2 dalam citer ni, contohnya The White Witch, Dark Witch, King.....n bla bla bla...(actually lupa watak) kekeke

The end...

Tuesday, May 8, 2012

Sambungan Antara Aku dan Dia

Dah lama rasanya tak menulis. Tiba-tiba terdetik nak menulis hari ni. Dalam masa 2 jam, ini aje yang mampu aku buat. Mungkin tak berapa nak menarik sangat. Sebab tak ade idea nak menulis, tapi nk buat jugak kan. So, ni sambungan daripada cerpen aku yang last year. Lama tak? HUHU..sebab punya la pemalas nak menulis. Ok, hope korang enjoy, kalau x enjoy pun buat2 enjoy k ;)


“Memang aku periang pun, kau ada?” Jawab aku sambil mengangkat kening.
“Hahaha..kau ni aku sekeh baru tahu. Sudah-sudah la dengan lawak bodoh kau tu. See, baru nampak muka comel kau tersenyum” Jawab Anis sambil tergelak.

Tiba-tiba terdengar satu suara di belakangku. “Hai, ade orang tu tak datang kelas hari ini, mana kau pergi wahai Cik Comel kita ni”  Aku diam membisu. Malas nak layan mamat sorang ni. Suka sangat menyakat aku, bukannya aku ada buat salah kat dia.  Iksh, menyampah.“Yang kau sibuk sangat pasal apa hal. Kau rindu kat Tiya ke? Seloroh Anis geram. Anis memang pantang kalau si Haziq ni kacau aku. Ada je modal yang dia nak lawan.

“Eh, aku tak pernah rindu pun kat dia. Dah la malas aku nak layan korang berdua ni, buat tambah sakit hati aku je.” Jawab Haziq. Memang jelas muka dia merah. Merah pasal apa aku tak tahu. Mungkin dia malu bila ada orang cakap dia rindu kat aku. Lawak- lawak, Anis pun satu  ada pulak dia cakap macam tu kat mamat tu.

Demm Anis, nak kenakan aku la tu.  Amirul berlalu dengan perasaan marah.  “Yang kau menyakat si Tiya tu kenapa, tak baik bro kau buat orang macam tu” Faizal bersuara“Entah aku pun tak tahu kenapa aku suka menyakat budak comel tu. Tapi yang buat aku angin dia tak pernah balas apa yang aku buat. Tapi si Anis tu pulak lebih –lebih, si mulut pedas.” Jawab Haziq geram.
Tapi aku pelik kau macam ada hati je dengan si Atiyah tu. Yela, mana ada orang yang suka selalu menyakat. Dari first year kau kacau dia, now kita dah second year. Lama tu bro.” Seloroh Faizal“Kau jangan macam-macam Pejal, Nampak tak buku lima aku ni. Kalau dia hinggap kat pipi kau sedap bro.” Marah Faizal“Suka hati kau la Ziq. Relax la bro, aku tanya jer. Jom kita pergi kelas nanti bole jumpa Si Comel kau tu...”

Antara Aku dan Dia 2

Nasib baik aku bangun cepat hari ini. Bole pergi kelas dengan aman dan sejahtera. Aku tersenyum bangga dengan prestasi hari ini.Bangun awal-awal pagi, buat revision sikit.Pergh, aku pun tak tahu penyakit apa yang melanda diri aku. Biasanya, punya la malas nak study.

“Sister, boleh tolong saya tak?” Tiba- tiba ada satu suara meminta tolong. Aku toleh kiri ada pokok, aku toleh kanan ada kereta. Alamak, tak ada orang kat situ selain aku, ini bermakna dia panggil aku minta tolong. It’s ok Tiya, dah orang minta tolong, kita kena tolong nanti apa pulak kata dia kan. Nampak gaya suara macam lecturer sebab dia guna perkataan sister. Tolong jela, nanti jadi pelajar derhaka pula. Aku pun tersenyum sambil berpaling ke belakang.

“Ya, apa-apa yang bole saya bantu?” Jawab aku dengan penuh sopan.
“Awak tolong saya bawakan nota – nota ni bole?”  Tengok dari dia berpakaian, sah memang betul dia lecturer. Tapi tak sure lagi sebab dia ni membelakangi aku sambil mengangkat nota dari kereta dia. Iksh, Atiyah ni sudah-sudah la. Jangan banyak songeh. hehehe“Nah, ambil nota-nota ni..”  Mak aih...beratnya berapa kilo la agaknya. Nasib baik minta tolong kat aku..larat lagi nak angkat. Cuba kalau dia minta tolong dekat Si Anis tu, confirm berterabur nota-nota dia ni. Geli hati aku membayangkan kalau Anis kat tempat aku.

“Hey, yang awak tersengih – sengih sorang-sorang ni kenapa? Saya kelakar ke?...”Tatkala dia mendepani aku. Terlerai la segala misteri siapakah dia.  Alamak, En. Afzan! Haa, nafas aku dah tersekat-sekat. Semput ke aku? Eh aku tak ada de penyakit tu. Alahai malunya, rasa bahang je muka aku.“Saya sengih ke tadi? Rasanya tak ada pun tuan, muka saya memang macam tu kot...” Balas aku bersahaja. Yela cover malu katakan. Tiba-tiba dia tergelak besar. Terkejut aku tengok dia gelak, habis semua kehenseman dia hilang. Kalau aku guna bahasa lebih kejam, aku akan kata En. Afzan memang hodoh sangat-sangat time dia gelak.

Lawaknya budak ni. Macam pernah nampak je budak ni, owh dia yang terlanggar aku semalam tu. Tiba-tiba idea datang..“Awal hari ini..?” En Afzan bersuara.  “Saya memang selalu awal pergi ke kelas.” Jawab aku dengan penuh berhati-hati. Macam perli aku je ni.
“Owh..yeke..semalam bukan awak ke yang terlanggar saya? Awak pelajar saya kan? Siapa nama awak ye? ” bertubi – tubi soalan En Afzan.

Gurlpp, kenapa tekak aku terasa pahit? Relax Tiya, jangan gelabah.
“Yeke, saya rasa saya memang terlanggar orang semalam tapi dah lupa pulak siapa yang saya langgar.” Pergh, jawapan apa kau kasi ni Tiya. Kalau dalam exam confirm tak dapat markah. Dah terang-terang kau minta maaf kat dia semalam. Atiyah, cool down and be rational! Gumam aku dalam hati.

Budak ni cover malu la tuh En. Afzan tersenyum.
“Tuan, memang saya terlanggar tuan semalam, Maaf sebab saya tipu, saya tak sengaja time tu memang saya tergesa-gesa nak pergi ke kelas sebab terlewat. Tuan marah ke? Tuan berdendam kat saya ke...?”  Tiba-tiba aku rasa nak menangis.
 “Erm, tak ada apa-apalah, saya ok je. Awak jangan risau, saya baik hati tau..By the way thanks sebab tolong saya, nanti ada masa saya upah awak ok” Jawab En Afzan sambil tersenyum.  Tiba-tiba budak ni feeling pulak, tak jadi nak menyakat lebih-lebih kesian dia nanti.“Terima kasih, nama saya Atiyah” jawab aku. Fuhh, lega. Rasa lega bila kita bercakap benar.