Saturday, April 9, 2011

Antara Aku dan Dia

Jam loceng yang memekak sejak dari tadi kucapai. Sambil menggosok mata aku melihat jam di tanganku. “Alamak, 7.30 pagi! Mampus aku ada kelas pukul 8 pagi!”

Macam mana boleh terlambat bangun ni, nasib baik Allah bagi cuti kat aku, kalau tak memang terbabas aku tak solat subuh tadi. Dengan penuh bersemangat aku bangun dan terus mandi. .

Tak sampai 20 minit aku dah siap – siap nak pergi ke kelas. Fuh, memang pecut habis aku tadi, siap pun ala kadar,bagi aku buat apa nak pergi ke kelas pakai mekap tebal - tebal , simple sudah lagipun tak ada orang nak tengok aku pun. Maklumlah aku ni orang nya terlebih berat badan. Namun, aku bersyukur atas apa yang telah diberikan Tuhan kepadaku.

Ahh, da pukul 8.10 minit, go Atiyah! kelas dah start ni! Sambil membebel aku berlari – lari anak menuju ke kelas. Malangnya, tanpa disangka – sangka ketika membelok kat satu corner aku terasa ada sesuatu yang aku langgar.

“Damn, buta ke? Apasal langgar orang sesuka hati!” terdengar satu suara garau dari belakang.

Alamak, aku ada langgar orang ke? Masak, masak….Dah la lewat pergi kelas, nak kena settlekan dulu kes ni, alamatnya memang kosong la kehadiran aku hari ini. Sorry lecturer ku..hehe. Dengan muka seposen aku berpaling ke belakang. Ya Allah, aku langgar lecturer aku rupanya! Sape tak kenal lecturer aku seorang ni, kalau ditanya siapa lecturer muda dan yang paling hensem..satu kuliah akan jawab, En Afzan! Memang aku nak pergi kelas dia ni..Alih - alih, teraccident dengan dia pulak..Huhu…

“Saya minta maaf banyak – banyak tuan..Saya…saya tak sengaja!”

Teragap – agap aku meminta maaf. Sapa yang tak takut bila dah langgar lecturer sendiri. Kot..kot dia dendam kat aku ke..tak pasal – pasal kena tolak markah pulak. Minta dijauhkan dengan semua tu. Tak nak aku gagal dalam subjek dia! Huhu

“It’s okay…tak ape..salah saya juga jalan tak pandang depan” jawab En Afzan dengan senyuman yang manis.

Mak oii budak ni, bersungguh – sungguh dia langgar aku. Nasib baiklah aku ni tough lagi kalau tak memang dah lama terbongkang aku jatuh. Gumam En. Afzan dalam hati.

Eleh…nak cover la tu depan student, tadi bukan main marah lagi dengan bahasa yang tak sedap didengar. Biasalah lecturer kena tunjuk sifat yang baik kat depan student dia. Iksh, apa aku merepek ni Atiyah..Atiyah...He is your lecturer la..mana boleh mengata sesuka hati. Maybe tadi dia tengah marah kot sebab tu terkeluar bahasa macam tu.

“Betul ni tuan? Tuan sure ke..Kalau macam tu terima kasih…” aku membalas kata – kata En Afzan dengan senyuman penuh keikhlasan. Ya Allah, harap – harap lah dia tak perasan yang aku student dia.

“Saya okay, no worries..I got to go..dah lewat ke kelas saya” En.Afzan berlalu dengan tergesa – gesa. Macam pernah tengok je budak ni, tapi di mana ya?

Dek kerana takut apa akan berlaku di kelas En. Afzan nanti, aku dengan selambanya tidak menghadirkan diri ke kelas dia. Untuk hari ini sahaja. Muktamad!

Best jugak lepak sorang – sorang kat café ni. Nasib baik tak ramai orang, rasa nyaman je. Sambil tunggu kelas untuk subjek lain, lebih baik aku duduk kat café ni.Bole juga duduk layan perasaan sambil minum fresh orange ni.

“Oit, asal kau tak datang kelas pagi tadi?” Bagai nak tercabut jantung aku bila disergah begitu. Potong stim betul! Memang aku kenal benar pemilik suara itu. Lain tak bukan si Anis. Best friend aku sejak dari sekolah menengah sampailah kitorang masuk university sama – sama.

“Kau ni Anis, nak tanya elok – eloklah! Terkejut aku, nasib baik aku tak sakit jantung tau…” kataku nada separuh marah separuh merajuk.

“ Ala…kau ni, sori okay.. asal tiba – tiba ko sensitive pulak ni. Bukan kau ni periang ke orang nya?”

Kata Anis untuk memujukku. Walaupun daripada keluarga berada, Anis tidak sombong malah salam perkenalan dimulakan dahulu oleh gadis bertubuh genit ini. Kesederhanaannya memikat hatiku utnuk berkawan dengannya sehinggalah sekarang.

No comments:

Post a Comment