Saturday, April 9, 2011

Lost~ Hope~

Pernah tak tiba - tiba kita rasa" lost"...rasa macam kehilangan.......kekecewaan.......kesedihan...kegelapan....dan macam - macam lagi.Rasanya semua orang pernah mengalaminya..betul tak. Bila rasa "lost", kita tak tahu apa nak buat, kadang - kadang melepaskan perasaan dengan menangis, menangis dan menangis ( bagi perempuan la). Ada yang melepaskan perasaan dengan perkara yang tak berfaedah. Agaknya semua orang faham apa benda tak berfaedah tu kan. Hehe

Tapi, pernah tak kita berfikir, kenapa kita mengalami perasaan sebegitu? Seringkali bertanya kepada diri sendiri "kenapa dengan aku ni??" Manusia tak pernah lepas dengan perasaan sebegitu. Cuma, cara kita menangani perasaan itu, berbeza - beza.

Berbeza - beza? Ya..semestinya kerana setiap orang itu tidak sama perangainya(yeke??). Apa nak buat ya bila rasa "lost"?? Sebagai orang Islam, kita ada Yang Maha Pencipta..Kenapa tidak kita "mengadu", "melepaskan perasaan" kita padaNya? Kerana Dia adalah pencipta kita dan Dia tahu segala - galanya tentang kita. Mungkin hanya Dia sahaja yang ada kuasa penyembuh yang mampu mengubati penyakit hati ni (lost).

Dan terkadang kita melakukan kesilapan, tapi jangan risau kerana setiap kesilapan yang kita lakukan memberi pengajaran. Dan, terkadang juga kita ditemukan dengan orang yang salah kerana untuk menemui yang terbaik, mesti ada halangan nya.

Jadi, jangan rasa bersedih setiap kali masalah melanda, jangan rasa kecewa dengan apa yang berlaku kepada kita. Mungkin ada hikmah disebaliknya dengan setiap apa yang berlaku. Kadang - kadang apa yang kita rasakan apa yang terbaik untuk kita sebenarnya tidak baik untuk kita, dan apa yang kita rasakan tidak elok untuk kita adalah yang terbaik untuk kita.
Never lose hope~ cause Allah is always by ur side~


No comments:

Post a Comment