Between Me and You
Tuesday, July 1, 2014
Bekerja Dari Rumah? Sure ke?
Hi,
Jika anda nak bekerja dari rumah dan memiliki kemahiran berikut:
1: Mahir mengunakan komputer & internet.
2: Tahu mengunakan perisian Microsoft Office atau Open Office.
3: Boleh membaca dan menulis dalam berbahasa Inggeris.
4: Tahu apa beza antara Google & Web Browser.
Anda sesuai untuk kerja online freelance seperti:
1: Virtual Assistant (USD$100 per projek)
2: Data Entry (USD$50.00 per projek)
3: Web Research (USD$150.00 per projek)
4: Virtual Customer Service (USD$70.00 per projek)
Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang online freelancing sila layari link dibawah sekarang!
==> http://jobdirumah.com/teyya89
Terima kasih,
Yang Benar,
Atiyah Husin
aretiyah89@gmail.com
Promosi Cookies Untuk Hari Raya Aidilfitiri
Hi,
Pernah dengar tentang Cookies Galleta tak?
=http://bitesize.my/teyya89
Kalau belum ini sedikit maklumat tentang jenama Galleta:
Bitesize Galleta adalah produk edaran Bite Size Marketing (002307433-U), syarikat makanan Melayu Bumiputra yang mengedarkan pastri homemade dengan jenama “Bitesize Galleta“.
Semua produk Bitesize Galleta adalah buatan tangan & di buat oleh sekumpulan suri rumah melayu muslim secara sambilan dari rumah.
Jika anda belum pernah rasa keenakan cookie Galleta, anda boleh buat tempahan sekarang dan dapatkan potongan harga istimewa.
Cara Untuk Dapat Diskaun:
1: Pergi ke: => http://bitesize.my/teyya89
2: Klik pada gambar produk yang anda nak.
3: SHARE atau LIKE page tersebut.
4: Klik BELI SEKARANG!
5: Diskaun akan di masukan ke tempahan anda.
6: Teruskan dengan tempahan dan buat bayaran.
Order Cookies Galleta Sekarang!
=http://bitesize.my/teyya89
Terima Kasih
Atiyah Husin
aretiyah89@gmail.com
Wednesday, January 15, 2014
MISI TURUNKAN BERAT BADAN
Assalamualaikum.
Hai! Lamanya tak menulis dlm ni. Hoho. Okay, entri kali ni adalah misi turunkan berat badan. Aku ni mmg dari kecik "comel", so dari dulu xkisah la pasal berat badan aku berapa kilo. Tapi bila dah masuk universiti baru sedar dan ambil berat pasal berat badan aku ni. Bila timbang je, oh tidak!!!! Apesal berat sangat ni!! Bila tgk kt cermin, apesal bulat sgt ni!!! hahaha..Time tu baru rasa terkejut.. Amek kaw!!
Bila orang sebut pasal diet ni.. paling utama adalah niat kita, so aku pun pasangkan niat "Aku nak kurus!!" Okay, dah lepas dah step pertama tu. Step kedua kena cari ilmu untuk turunkn berat badan. Tapi aku xbuat tu..aku terus ambil la ape2 produk untuk kurus(dah byk produk aku cuba). Mmg berkesan.. if!!! kita ikut cara-caranya dengan disiplin. Tapi.. keberkesanannya hanyalah sementara sahaja. Sebab? Aku x berdisiplin.Aku cepat bosan. Hehehe.
Next, aku ade try cara Kevin Zahri, yg ni pun berkesan juga. Jadi, ape yang aku buat, kalo xde kelas waktu pagi, aku dah siap2 nak pergi bersenam. Xdela bersenam sangat, ikut kemampuan masing2 la. Aku hanya berjalan kaki or joging slow2 dalam masa 1-2jam, tapi xdela berterusan aku joging sampai 2 jam hehehe, kalo penat just berjalan je. Itu bab exercise, lagi satu kena jaga makan, Kevin ni dia ade bgtau cara-cara nk jaga pemakanan kita by kalori intake. Makan tetap makan, tapi watch your calori.. Kalo nk tahu cara-caranya secara detail sila lah layari blog Kevin Zahri ni ea ^^. Memang berkesan dan berbaloi. Happy!!
Tapi...............sejak aku dah kerja xde masa la pagi2 nak pergi execise (alasan). Then, aku lupa dengan niat aku nk kurus (buat2 lupa). Makan pun ikut suka hati je. Alih-alih berat badan aku dah naik balik..Amek kaw-kaw!! huhuhu.
Pengajarannya ialah DISIPLIN DAN ISTIQAMAH dlm melakukan ape jua kerja termasuk jugak misi untuk kurangkan berat badan.
And right now, misi "Nak Kurus!!" kembali semula... Aku berharap aku dpt berdisiplin dan beristiqamah. (^^). Nak tahu ape yang aku buat sekarang ??? Tungguu..........next entry..
Wasalam..
Wednesday, May 9, 2012
Fantaghiro a.k.a Cave of The Golden Rose
Siapa pernah tengok citer Fantaghiro? Ini cerita dahulu kala, rasanya 1st tengok citer ni time primary school. Lama tuh, but this is one of my favorite movie (Italy movie) back then. Yela, bergaduh dengan adik semata-mata nak tengok citer ni. Time tu mmg totally crazy dengan Fantaghiro ni. Tiba-tiba teringat citer ni, so carila dekat you tube. Yeah! Mmg jumpa, tapi disebabkan kelajuan internet begitu lembap nk download pun susah. Grrrrrrr...sape tak geram! Sabar2..nanti dptla tgk full episod :)
Citer ni ade banyak series, 1 sampai 5 if not mistaken. Tapi semuanya best! Watak2 dalam citer ni pun hebat jgk.
Okay, sekarang nak memperkenalkan watak2 favorite dalam citer ni. Jeng3x
Fantaghiro!! |
Ini watak utama dalam citer ni.Orang cakap heroin. Hehe
Cantik kan dia??
Erm, kalau dari segi perwatakan..
she is rebellious daugther. Degil sangat!
Outspoken tapi baik hati =)
berani! sbb tu bole lawan dengan romualdo
cantik! tgk dia senyum. hehehe
ape lagi erk? sila tgk citer ni kalau nak tau selanjutnya =)
Romualdo |
Charming indeed have the strong heart! (really??)
Mestila hensem!
Fall in love with Fantaghiro ( at last jadik husband gak..hehehe)
Tarabas |
Watak dia sebagai ahli sihir.Nak kata jahat, xla jahat sgt... =)
Fall in love with Fantaghiro, tapi tula kesian cinta ditolak..hehehe
Ada banyak lagi watak2 dalam citer ni, contohnya The White Witch, Dark Witch, King.....n bla bla bla...(actually lupa watak) kekeke
The end...
Tuesday, May 8, 2012
Sambungan Antara Aku dan Dia
Dah lama rasanya tak menulis. Tiba-tiba terdetik nak menulis hari ni. Dalam masa 2 jam, ini aje yang mampu aku buat. Mungkin tak berapa nak menarik sangat. Sebab tak ade idea nak menulis, tapi nk buat jugak kan. So, ni sambungan daripada cerpen aku yang last year. Lama tak? HUHU..sebab punya la pemalas nak menulis. Ok, hope korang enjoy, kalau x enjoy pun buat2 enjoy k ;)
“Memang aku periang pun, kau ada?” Jawab aku sambil
mengangkat kening.
“Hahaha..kau ni aku sekeh baru tahu. Sudah-sudah la
dengan lawak bodoh kau tu. See, baru nampak muka comel kau tersenyum” Jawab
Anis sambil tergelak.
Tiba-tiba terdengar satu suara di belakangku. “Hai, ade orang tu tak datang kelas hari ini, mana kau pergi wahai Cik Comel kita ni” Aku diam membisu. Malas nak layan mamat sorang ni. Suka sangat menyakat aku, bukannya aku ada buat salah kat dia. Iksh, menyampah.“Yang kau sibuk sangat pasal apa hal. Kau rindu kat Tiya ke? Seloroh Anis geram. Anis memang pantang kalau si Haziq ni kacau aku. Ada je modal yang dia nak lawan.
“Eh, aku tak pernah rindu pun kat dia. Dah la malas
aku nak layan korang berdua ni, buat tambah sakit hati aku je.” Jawab Haziq.
Memang jelas muka dia merah. Merah pasal apa aku tak tahu. Mungkin dia malu
bila ada orang cakap dia rindu kat aku. Lawak- lawak, Anis pun satu ada pulak dia cakap macam tu kat mamat tu.
Demm Anis, nak kenakan aku la tu. Amirul berlalu dengan perasaan marah. “Yang kau menyakat si Tiya tu kenapa, tak baik bro
kau buat orang macam tu” Faizal bersuara“Entah aku pun tak tahu kenapa aku suka menyakat
budak comel tu. Tapi yang buat aku angin dia tak pernah balas apa yang aku
buat. Tapi si Anis tu pulak lebih –lebih, si mulut pedas.” Jawab Haziq geram.
Tapi aku pelik kau macam ada hati je dengan si
Atiyah tu. Yela, mana ada orang yang suka selalu menyakat. Dari first year kau
kacau dia, now kita dah second year. Lama tu bro.” Seloroh Faizal“Kau jangan macam-macam Pejal, Nampak tak buku lima
aku ni. Kalau dia hinggap kat pipi kau sedap bro.” Marah Faizal“Suka hati kau la Ziq. Relax la bro, aku tanya jer.
Jom kita pergi kelas nanti bole jumpa Si Comel kau tu...”
Antara Aku dan Dia 2
Nasib baik aku bangun cepat hari ini. Bole pergi kelas dengan aman dan sejahtera. Aku tersenyum bangga dengan prestasi hari ini.Bangun awal-awal pagi, buat revision sikit.Pergh, aku pun tak tahu penyakit apa yang melanda diri aku. Biasanya, punya la malas nak study.
“Sister, boleh tolong saya tak?” Tiba- tiba ada satu suara meminta tolong. Aku toleh kiri ada pokok, aku toleh kanan ada kereta. Alamak, tak ada orang kat situ selain aku, ini bermakna dia panggil aku minta tolong. It’s ok Tiya, dah orang minta tolong, kita kena tolong nanti apa pulak kata dia kan. Nampak gaya suara macam lecturer sebab dia guna perkataan sister. Tolong jela, nanti jadi pelajar derhaka pula. Aku pun tersenyum sambil berpaling ke belakang.
“Ya, apa-apa yang bole saya bantu?” Jawab aku dengan
penuh sopan.
“Awak tolong saya bawakan nota – nota ni bole?” Tengok dari dia berpakaian, sah memang betul
dia lecturer. Tapi tak sure lagi sebab dia ni membelakangi aku sambil
mengangkat nota dari kereta dia. Iksh, Atiyah ni sudah-sudah la. Jangan banyak
songeh. hehehe“Nah, ambil nota-nota ni..” Mak aih...beratnya berapa kilo la agaknya.
Nasib baik minta tolong kat aku..larat lagi nak angkat. Cuba kalau dia minta
tolong dekat Si Anis tu, confirm berterabur nota-nota dia ni. Geli hati aku membayangkan
kalau Anis kat tempat aku.
“Hey, yang awak tersengih – sengih sorang-sorang ni kenapa? Saya kelakar ke?...”Tatkala dia mendepani aku. Terlerai la segala misteri siapakah dia. Alamak, En. Afzan! Haa, nafas aku dah tersekat-sekat. Semput ke aku? Eh aku tak ada de penyakit tu. Alahai malunya, rasa bahang je muka aku.“Saya sengih ke tadi? Rasanya tak ada pun tuan, muka saya memang macam tu kot...” Balas aku bersahaja. Yela cover malu katakan. Tiba-tiba dia tergelak besar. Terkejut aku tengok dia gelak, habis semua kehenseman dia hilang. Kalau aku guna bahasa lebih kejam, aku akan kata En. Afzan memang hodoh sangat-sangat time dia gelak.
Lawaknya budak ni. Macam pernah nampak je budak ni,
owh dia yang terlanggar aku semalam tu. Tiba-tiba idea datang..“Awal hari ini..?” En Afzan bersuara. “Saya memang selalu awal pergi ke kelas.” Jawab aku
dengan penuh berhati-hati. Macam perli aku je ni.
“Owh..yeke..semalam bukan awak ke yang terlanggar
saya? Awak pelajar saya kan? Siapa nama awak ye? ” bertubi – tubi soalan En Afzan.
Gurlpp, kenapa tekak aku terasa pahit? Relax Tiya,
jangan gelabah.
“Yeke, saya rasa saya memang terlanggar orang
semalam tapi dah lupa pulak siapa yang saya langgar.” Pergh, jawapan apa kau
kasi ni Tiya. Kalau dalam exam confirm tak dapat markah. Dah terang-terang kau
minta maaf kat dia semalam. Atiyah, cool down and be rational! Gumam aku dalam
hati.
Budak ni cover malu la tuh En. Afzan tersenyum.
“Tuan, memang saya terlanggar tuan semalam, Maaf
sebab saya tipu, saya tak sengaja time tu memang saya tergesa-gesa nak pergi ke
kelas sebab terlewat. Tuan marah ke? Tuan berdendam kat saya ke...?” Tiba-tiba aku rasa nak menangis.
“Erm, tak ada apa-apalah, saya ok je. Awak jangan
risau, saya baik hati tau..By the way thanks sebab tolong saya, nanti ada masa
saya upah awak ok” Jawab En Afzan sambil tersenyum. Tiba-tiba budak ni feeling pulak, tak jadi
nak menyakat lebih-lebih kesian dia nanti.“Terima kasih, nama saya Atiyah” jawab aku. Fuhh,
lega. Rasa lega bila kita bercakap benar.
Thursday, May 12, 2011
KiSah HaTi ~ Alyah~
Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Hanya sempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Hadir di angkasana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Biar ku setia menjaga cintamu
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
Monday, May 9, 2011
ITs My Life~
........................................................................................................
......................................................................................................
.................................................................................................... :(
Subscribe to:
Posts (Atom)